06 Jun 2012 Al Rajhi Bank menjadi rakan penaja program Karnival Kerjaya & Keusahawanan Graduan 2012
  • Latest News
  • eye 4796

Kuala Lumpur - Al Rajhi Bank amat berbesar hati menerima jemputan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menjadi rakan penaja bagi program Karnival Kerjaya & Keusahawanan Graduan (K3G) 2012 yang bakal berlangsung pada 29 Jun 2012 – 1 Julai 2012 di PWTC. Kami memberi sokongan penuh kepada usaha kerajaan terutama untuk membangunkan modal insan.

Di Al Rajhi Bank, kami melihat bakat dan sikap positif yang ada di dalam individu sebagai aspek yang amat penting untuk berkhidmat dan membangun bersama-sama kami. Kami juga menyediakan program-program latihan tertentu demi melahirkan pekerja yang terlatih. Sehubungan dengan itu, Al Rajhi Bank telah dipilih sebagai ‘Best Employers in Malaysia 2011’ dan ‘Best Employers in APAC 2011’ oleh AON Hewitt.

Al Rajhi Bank membuka cawangan pertamanya Malaysia enam tahun lalu di Kuala Lumpur dan kini mempunyai 23 cawangan di Lembah Klang dan bandar-bandar ibu negeri lain di seluruh Malaysia. Bertepatan dengan misi kami untuk meluaskan lagi rangkaian Al Rajhi Bank di seluruh Malaysia, dua cawangan baru bakal beroperasi di Sungai Petani dan Kuala Terengganu pada tahun ini. Platform yang diberikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi melalui program K3G sebagai rakan penaja, amat kami hargai terutama dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan. Kami berharap agar Al Rajhi Bank, bank Islam antarabangsa terbesar di dunia dapat menjadi bank Islam pilihan utama di Malaysia baik dari segi produk dan peluang pekerjaan yang kami tawarkan.

Beware of fake Al Rajhi Bank website! Follow our security tips Here